salam :)
lama dah tinggal blog ni.
kesian dia.:p
lately,selalu balik rumah naik train.
mak dah tak jemput macam biasa dekat shah alam.
yelah,dah besar.#katakau.
biasalah..kalau naik public transport.
tak boleh la nak expect layanan 7 stars,hatta 5 stars sekalipun.
sebab kumudahan ini digunakan oleh RAMAI orang.
jadi,pasti akan timbul isu ketidakselesaan,kan..
tolak tepi dulu pasal "inconvenience" tu.
apa yang lebih penting disini,saye nak cakap pasal kebebalan orang2 yang naik train ni.
masalah bermula bila train yang dijadualkan ikut waktu yang ditetapkan lewat tiba.
orang yang nak naik train mestilah makin lama makin bertambah kat platform tu.
nak nak lagi kalau sampai peak hour.
memang menggeletar kepala lutut berdiri dan menunggu.
*saya tak suka duduk tatkala saya menunggu.sekian..*
masalah lewat dan orang ramai menunggu ni dah lama jadi masalah dan tak nampak pon akan selesai.
bayangkan,kalau train tu lambat 15 minit.
lepas tu kalau orang yang tunggu ada dalam 500 orang.
dah 7500 minit dibazirkan,kan..
masa 500 orang dibazirkan begitu sahaja.
tapi,tak pelah.itu soal pengurusan.
kita tinggalkan soal tu.
memang adatlah kalau orang menunggu pasti akan ada hadnya,kan..
kebebalan orang2 ni terserlah sangat waktu train dah terpacak dekat platform tu.
dah jelas announcement sebelum train sampai lagi.
"sila beri laluan kepada penumpang untuk turun dahulu sebelum anda menaiki train"
siap ulang 2 kali guna bahasa inggeris pulak.
but still,orang malaysia ni tak faham bahasa.
hormat orang yang nak turun dulu.
lepas tu,baru naik train tu.
kalau tak dapat masuk train tu,tunggulah train lagi satu sampai.
memang adatlah naik train kena tunggu lama2.
dah nama public transport.
kemudahan yang kita kongsi bersama puluhan ribu lagi orang.
jangan pentingkan diri.
jangan ingat anda seorang je yang sibuk dalam dunia ni.
dekat belakang,depan,kiri,kanan,atas dan mungkin juga bawah anda.
semuanya sibuk dan mengejar masa.
jadi,hormati orang lain,kalau tak free2 je kena laser dengan certain2 orang yang tak boleh tahan dengan orang yang tak reti sabar ni.
saye? boleh je kot sabar dan tunggu.haha
okay,ini cakpung.
"memang kita akan sentiasa menunggu pon dalam hidup ni.so,jangan complain.."
hee,adios semua.
salam
:)




